Monday, January 23, 2012

Di Petik Dari Sumber

Bugatti Veyron : Kereta Mokhzani ...Cukai Jalan saja RM24 ribu lebih ...

Thursday, January 19, 2012

Wednesday, January 18, 2012


Sepatutnya kita semua mampu pakai Ferari atau BMW ...Ha! ha!....

Menjelang awal 1980, harga Honda Civic cuma 13ribu, Toyota Corolla dan banyak model import tidak mencecah 20ribu kerana cukai rendah. Tetapi Sejak proton diperkenalkan harga kereta import dicukai tinggi dan kerajaan mengaut untung besar dari poket rakyat. Berpuluh bilion kerajaan dapat dari kaedah mudah ini.

Polisi kerajaan dengan alasan mahu melindungi kereta nasional, secara tidak langsung telah memangsakan rakyatnya sendiri melaui cara mudah - with one stone killing two birds - cukai yang tinggi keatas kereta import yang menjadikannya mahal; dan meletakan harga Proton mahal, tetapi lebih murah sedikit berbanding kereta import kerana Proton diberikan pelepasan atau rebat dari cukai tersebut.Namun, harga Proton tidak juga semurah mana jika dibandingkan dengan kualiti yang ada padanya.


Ini iklan kereta pada tahun 1930-an...
Emak bapak aku pun belum lahir lagi...

Pada awal mula pelancarannya di tahun 1985 dulu, Proton Saga dikenali sebagai kereta ‘Potong Harga’ kerana harganya yang murah- cuma 16 ribu sahaja.Tetapi kini rakyat mulai sedar bahawa sebenarnya ia adalah ‘Potong Kepala’ rakyat Malaysia.

Disebabkan mahu menjaga kepentingan Proton, kereta import telah menjadi begitu mahal berbanding dengan di negara-negara lain di dunia.Lihat perbandingan berikut:


Tanpa Proton, kita di Malaysia tentunya akan menikmati harga kereta
import yang jauh lebih murah dari yang ada dipasaran tempat6an kini

Sikap tamak haloba dan mahu mengaut untung besar dengan mudah tanpa bersaing secara adil di pasaran tempatan, harga Proton diletakan pada harga yang tinggi. Maka sebab itulah harga kereta import yang sama kelasnya melonjak naik gila-gila disebabkan cukai-cukai yang dikenakan.

Cuba perhatikan harga kereta import sewaktu Proton belum lahir dinegara kita ini. Rakyat Malaysia begitu gembira dapat menikmati harga kereta yang murah ketika itu.Tentunnya kawan kita macam Tulang Besi tidak akan marah-marah kepada UBN seperti mana hari ini di sini

Bahawa, kalau tidak ada kereta tempatan, pastinya kita semua mampu pakai kereta import yang lebih berkualiti dan lebih murah.Kalau proton tidak wujud pasti rakyat malaysia dapat pakai kereta import macam BMW, Ferrari, Merc yang jauh lebih berkualiti dan bentuk rekaan terbaru dengan harga yang lebih murah - Orang Parit dan Bota tentunya lebih selesa bergaye dengan Lamborghini!


Bukanlah saya nak kutuk kereta tempatan; tapi kenapa Proton yang dijual di UK spesikasinya lebih baik dari yang dijual dalam negara sendiri? Walau bagaimana pun, tidak ada kereta proton masuk ke USA kerana Proton tidak lulus ujian keselamatan di sana!