Monday, April 23, 2012

Perhatian kepada Facebooker dan blogger.

kalau taknak kena tangkap baca artikel ini..!!



Aku bukan nak melawak atau saja-saja nak buat cerita sensasi. Aku pun mula-mula susah nak percaya, tapi bila seorang peguam yang menulis, dan selepas dibaca berulangkali..memang betul.
Evidence (Amendment) Bill 2012 adalah diantara beberapa Rang undang-undang yang diluluskan secara tergesa-gesa bersama-sama dengan Pindaan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Semua orang bertumpu kepada undang-undang pilihanraya, tapi tak ramai yang memerhatikan undang-undang Evidence Bill 2012.
Aku nak terjemah depenuhnya dalam BM pun susah sikit sebab aku bukan loyar. Jadi, mana-mana yang aku rasa susah nak terjemah, hangpa terjemah la sendiri.
Oleh kerana Bn kaki temberang, maka undang-undang pun dipinda dengan penuh temberang. Akta Perhimpunan Aman sepatutnya dipanggil Akta Perhimpunan Haram. Tapi oleh kerana nak sedap didengar dan boleh mengelirukan orang ramai, maka ianya dipanggil Akta Perhimpunan Aman.
Begitu juga dalam Evidence (Amendment) Bill 2012. Kalau sekali dengar, seolah-olah untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan internet, tapi bila dilihat secara lebih terperinci, ia juga boleh digunakan untuk memerangkap sesiapa saja.
Seksyen 114A diperkenalkan dalam Evidence Act 1950 untuk membuktikan mereka yang menyiarkan sesuatu dengan menggunakan nama samaran atau tanpa nama (anonymous).
Selalunya kita menggunakan nama samaran dalam internet ini. Tak kira sama ada blog atau facebook. Bukan setakat nama, malah gambar pun kita bubuh mana yang kita suka.
Dalam Seksyen 114A(1) yang baru diperkenalkan, ia menyebut, ” Seseorang itu yang menggunakan nama, gambar atau anma samaran dalam mana-mana penerbitan menggambarkan dirinya sebagai pemilik, pentadbir, editor atau sub-editor atau terlibat dalam mana-mana penerbitan dianggap telah menerbitkan sesuatu kandungan itu kecuali ianya dapat dibuktikan sebaliknya.” (Ayat asasl dalam Bahasa Inggeris dibawah).
(A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host , administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved”.)
Dalam lain perkataan, kalau nama, gambar atau nama samaran kita digunakan dalam mana-mana penerbitan yang menggambarkan kita adalah orang yang dimaksudkan, maka kita dianggap telah menyiarkan kandungan tersebut. Sebagai contoh, kalau seseorang membuat sesuatu blog menggunakan nama kita, maka kita lah yang bertanggungjawab keculai kita boleh membuktikan sebaliknya. Kalau kita ada blog dan orang lain membuat komen, maka kita akan dianggap sebagai pemilik komen tersebut. Kalau ada orang lain komen dalam Facebook, maka kita juga kena bertanggungjawab terhadap komen tersebut.
Subseksyen (2) lagi teruk. Kalau sesuatu posting itu berasal dari akaun kita dengan mana-mana pembekal perkhidmatan macam Maxis, Celcom atau Digi, yang tu juga akan dianggap milik kita dan kita perlu dipertanggungjawabkan.
Contoh-contoh lain:
1. Kita pakai WiFi kat rumah sewa yang diduduki oleh ramai lagi kawan kita. Tapi kalau akaun WiFi tu milik kita. Maka kita akan dianggap pemilik sesuatu posting itu walaupun kawan kita yang tulis.
2. Kita pasang Wifi kat rumah, tapi ada jiran sebelah yang “curi” line kita…maka kita juga perlu bertanggungjawab terhadap apa yang jiran kita tulis, walaupun kita tak tau sebab IP kita punya.
3. Kalau la ada kawan kita datang kerumah dan tumpang broadband kita..yang tu juga kita kena bertanggungjawab.
Memang la..pindaan ini memudahkan kerja penguatkuasa sebab bukan mudah nak menjejak siapa yang menyalahgunakan internet walaupun bukan mustahil. Ramai yang dah kena cekup.
Secara keseluruhannya, pindaan ini bukan saja untuk memudahkan kerja penguatkuasa, tapi ia juga membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa. Pindaan baru ini memaksa mereka yang tidak bersalah membuktikan mereka bukan penyiar sesuatu posting itu. Kalau akaun kita kena hack dan orang lain menggunakannya..yang ni lagi teruk untuk kita membuktikan kita tak bersalah.
Apa yang jelas, prinsip “innocent until proven guilty” itu tak dipakai lagi. Sebaliknya seseorang itu akan didakwa bersalah kecuali dia dapat membuktikan dia tidak bersalah. Undang-undang di Malaysia dah terbalik.

selanjutnya di sini -->MediaPerak



Di Petik Dari Sumber



Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/04/faekah-rasional-pilihanraya-berasingan.html#ixzz1ssgqQyWI

Faekah: Rasional pilihanraya berasingan


Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof.
Perjumpaan antara Kerajaan Selangor dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini berlangsung secara profesional walaupun hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak puas hati cara SPR menyelesaikan isu pertambahan pengundi yang meragukan di Selangor.

Ini perjumpaan rasmi yang pertama kali diadakan antara Kerajaan Selangor dengan SPR selepas pilihan raya umum 2008 sekaligus membuktikan komitmen kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dijalankan secara adil, bersih dan bebas.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menghuraikan secara terperinci kepada media massa intipati perbincangan bagi memelihara kerahsiaan dan menghormati permintaan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof.
Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer.
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201 
SPR berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sanggup membantu SPR membersihkan senarai daftar pemilih menerusi program Selangorku Bersih lantaran kewujudan lebih 42,000 pemilih yang amat meragukan.

Dalam pertemuan lebih dua jam itu, isu pembaziran wang rakyat jika Negeri Selangor mengadakan pilihan raya berasingan langsung tidak dibangkitkan walaupun SPR telah maklum lebih awal dengan keputusan ini yang dipersetujui Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

Isu pilihan raya berasingan tidak akan timbul sekiranya SPR bersungguh-sungguh membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat mendadak. Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.

Hak mengadakan PRU bersama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri. SPR tidak boleh menggunakan alasan belanja RM30 juta untuk menyekat hak tersebut. Mereka harus sedar tindakan mengadakan pilihan raya berasingan adalah akibat dari kegagalan SPR membersihkan dan mengambil langkah berkesan sebagaimana unjuran BERSIH 2.0.

Jika kita mahu berbicara soal wang rakyat, bagaimana pula dengan RM250 juta wang rakyat yang disalahguna NFC dan RM589 juta hutang Tajuddin Ramli yang dilupuskan oleh kerajaan? Bagaimana pula dengan urusniaga penjualan Lebuh Raya MEX? Adakah geran kerajaan yakni duit rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings berjumlah lebih RM900 juta telah dikembalikan? Bukankah ini semua melibatkan pembaziran wang rakyat?

Kita mahu SPR melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan jangan mengikut telunjuk BN atau mana-mana parti politik seperti lembu dicucuk hidung. Kita amat kecewa apabila SPR tanpa berselindung menunjukkan sokongan kepada BN. Jika ada pegawai tertinggi SPR mahu berpolitik, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon BN.

Kita mendesak SPR berhenti menjadi jurucakap BN. Jika SPR mahu dihormati seluruh masyarakat Malaysia, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur kerana setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan dariNYA.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Sumber: MerdekaReview


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/04/faekah-rasional-pilihanraya-berasingan.html#ixzz1ssfw1emz

Monday, April 16, 2012


Hakikat Menyayat Hati Kesan Politik Durjana Umno Terhadap Orang Melayu

Dilulus untuk paparan oleh aya




orang melayuIsu perpaduan menjadi topik utama dalam pelbagai medium perbincangan, khusus di kalangan orang Melayu. Perpecahan digambarkan berpunca dari wujudnya parti politik yang ditunjangi oleh kelompok orang Melayu. Ia seolah-olah menjadi unsur utama perpecahan sehingga diucap oleh kebanyakan pimpinan samada pimpinan politik atau agama.

Persoalan utama apakah kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan Melayu. Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah.

Hakikatnya masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan. Bilamana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza. Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang berbeza.
Kita mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan, kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita.Bagi PAS, kita menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun. Kerana itu, al Quran menjelaskan:

"Kalau engkau membelanjakan seluruh harta yang ada dimuka bumi ini untuk menyatukan hari hati manusia, kamu TIDAK akan dapat menyatukan mereka, Allahlah yang menyatukan hati hati mereka.” (Surah Al-Anfal ayat 63)
Dalil di atas menunjukkan kepada kita penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan. Kerana ini bukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa Melayu untuk menjadi Cina, India untuk ditular menjadi Jawa dan seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (aqidah) kerana manusia boleh memilihnya.
Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang.

Namun, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan masyarakat agar Islam diketahui dan difahami dengan sebenarnya. Kerana seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang bersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan.

d-image: none; background-origin: initial; font-family: Verdana, Helvetica; font-size: 11px;">Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara normal di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya.

Adalah malang bagi golongan Melayu Islam bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah belah masyarakat Melayu.
Keadaan ini telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima oleh sebahagian orang Melayu, dan itu adalah hakikat yang paling menyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela.
Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malas dan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna kuasa, masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar.

Sedangkan semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.
Apabila Melayu lemah, muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina (DAP). Sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinan negara.
Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP.Lebih menyayatkan hati, pembohongan ini diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
>Ketua Penerangan PAS Pusat