Tuesday, May 29, 2012


Roslan SMS Corner

Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.

Masjid Selangor perlu DITAMBAH-BAIK 

Di Selangor sejak tampuk pemerintahan negeri bertukar pada tahun 2008 salah satu perubahan besar yang dirasakan di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri adalah pengembalian hak ahli kariah dalam menentukan pengurusan dan pentadbiran institusi berkenaan.
Kuasa dikembalikan kepada ahli-ahli kariah untuk memilih pimpinan masjid dan surau tidak seperti dahulu dimana pimpinan berkenaan diputuskan oleh parti pemerintah tanpa melalui ahli kariah.
Beberapa pembaharuan diperkenalkan dalam proses dan kriteria pemilihan yang sangat dialu-alukan. Antaranya Nazir atau Pengerusi Masjid dan Surau mestilah memiliki beberapa kelayakan dan kemahiran antaranya sekurang-kurangnya kelulusan SPM, boleh mengendalikan majlis tahlil, membaca khutbah dan lain-lain.
Walaubagaimanapun setelah beberapa tahun pembaharuan ini diperkenalkan saya rasakan wajar juga ia disemak semula untuk ditambah-baik. Isunya di sini adalah kita memilih pimpinan yang akan memimpin “Rumah Allah”. Merekalah yang akan dipertanggungjawabkan memastikan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat berjalan lancar di masjid, imam dan bilal serta siak bertugas, kewangan masjid diuruskan dengan serba telus dan amanah, mengimarahkan masjid dengan program-program dakwah dan ilmu, serta menyusun program-program kemsyarakatan yang member manfaat kepada ummah.
Melaui keadah yang ada kita membuka pemilihan dikalangan ahli-ahli kariah, di sinilah timbul kebimbangan apabila demokrasi mutlak diperkenalkan. Bagus kita member kuasa kepada ahli-ahli kariah, tetapi harus diingati bahawa takrif ahli kariah itu sangat luas dan ia melibatkan semua umat Islam di kawasan berkenaan. Maka termasuklah di sini mereka yang mengunjungi masjid dan yang tidak, yang “practising Muslim” dan yang tidak.
Saya melahirkan kebimbangan ini kerana kebetulan semalam saya hadir menyaksikan proses pemilihan pimpinan masjid di sebuah masjid di Daerah Petaling. Kehadiran dalam mesyuarat berkenaan luar biasa berbanding dengan kehadiran ketika solat waktu, kebetulan ia diadakan selepas Maghrib.
Apabila berlaku sorak-menyorak dan tepuk tangan dalam masjid ketika proses pemilihan ternyata ramai yang hadir itu tidak tahu akan adab di dalam masjid.
Ini membangkitkan persoalan pada kita bagaimana jika lantaran demokrasi mutlak yang kita amalkan itu, dimana pintu pagar terbuka kepada siapa sahaja asalkan ahli kariah, berbodong-bondong yang jahil masuk dan akhirnya dilantik dikalangan mereka kerana suara merekalah yang teramai, lalu bagaimana?
Ini bukan pemilihan parti, ini bukan pemilihan NGO atau syarikat korporat, ini pemilihan masjid iaitu saf kepimpinan yang akan diamanahkan menguruskan “Rumah Allah”, bagaimana?
Sedang Allah swt berfirman dalam al Quran (an Nisa:58):
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Wajarlah masjid dipimpin oleh orang-orang yang baik dalam masyarakat. Akhlaknya baik, budi-pekerti baik, bertaqwa dan dia sendiri adalah pengunjung masjid. Pimpinan masjid kelak akan menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat bayangkan jika yang dipilih itu jahil, tak pernah ke masjid, terpilih lantaran sokongan dan suara ramai!
Oleh itu saya mengesyorkan agar selain jawatan Nazir, jawatan Timbalan Nazir, Setiausaha, Bendahari dan ahli-ahli jawatankuasa masjid juga perlu diperkemaskini dan diperbaiki syarat-syaratnya. Kita tidak boleh menafikan hak ahli kariah, tetapi kita perlu kenakan syarat agar yang dicalon dan yang terpilih nanti benar-benar terdiri dari mereka yang bertaqwa.
Mungkin Jabatan Agama Islam boleh mensyaratkan agar mereka ini nanti ditemuduga atau dikenakan menduduki peperiksaan yang menguji kefahaman agama sekurang-kurangnya kita yakin masjid nanti berada dalam tangan mereka yang benar-benar “ahlinya” sebagaimana yang dimaksud oleh ayat Quran di atas.
Bayangkan orang jahil yang memegang tampuk kepimpinan masjid, Nauzubillah.....
Menteri Besar Selangor yang kini memegang portfolio Agama Islam perlu segera mengarahkan agar JAIS mengkaji perkara ini. Jangan nanti kebaikan yang mahu kita perkenalkan dicemari oleh kelemahan memantaunya.
Saya yakin institusi masjid dan syrau di Selangor akan terus menjadi institusi contoh dalam Negara jika perkara ini dipandang serius dan diperbaiki.

Thursday, May 24, 2012


HUKUM MENDOAKAN ORANG YANG BUKAN MUSLIM
Kita sebagai umat muslim haruslah membezakan antara mu'amalah dengan ibadah mahdhoh. Hubungan sesama yang bukan muslim adalah bentuk daripada salah satu cabang muamalah. Inilah yang perlu kita perhatikandan mengambil berat:

PERTAMA: BERTAKZIAH KAPADA ORANG YANG BUKAN MUSLIM

Para ulama telah menyepakati bahawa bertakziah kepada orang yang bukan muslim hukumnya boleh (harus). Termasuk berbuat baik, bermu'amalah, berjiran tetangga, saling bertukar hadiah dan seterusnya. Sama dengan halnya menziarahi kawan-kawan, jiran yang bukan muslim ketika sakit.

Perilaku ini dibenarkan berdasarkan teladan Nabi SAW di masa lalu, dimana beliau pernah mengunjungi jenazah orang kafir. Dan Syara' tidak melarang kita untuk melakukan hal ini, kerana tidak ada nash yang melarangnya. Termasuk juga yang dibolehkan adalah mengucapkan bela sungkawa (takziah) kepada keluarga atau kerabatnya.

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak mengusirkamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (QS Al-Mumtahanah: 8)

Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW menjenguk seorang Yahudi yang dahulu pernah melayaninya dan akhirnya Yahudi itu masuk Islam. Hal itu diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Al-adab Al-Mufrad, juga disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Al-Matalib Al-Aliyah.

Inti patinya ialah bermuamalah itu dibolehkan selama mana dalam koridor atau lingkungan syariah. Tokoh Hadith yang terkenal Imam Sufian At-Tsauri pernah berkata bahwa seorang muslim dibolehkan untuk bertakziah kepada orang bukan Islam yang mati, dan kepadanya disunnahkan untuk mengucap (lillahis-sultanwal azhamah), kekuasaan dan keagungan hanyalah milik Allah.

Al-Hasan berkata bila kamu bertakziah kepada orang kafir maka ucapkanlah, "Tidaklah menimpamu kecuali kebaikan."

Abu Ubdullah bin Baththah berkata,
"Yang diucapkan pada saat bertakziah kepada orang kafir adalah: Semoga Allah memberikan kepada atas musibah ini sesuatu yang lebih baik dari apa yang Allah berikan kepada siapapun dari orang yang memeluk agamamu."

Seorang muslim boleh memilih lafaz manapun yang lebih disukainya dari lafaz-lafaz di atas.

KEDUA: MENDOAKAN ORANG KAFIR

Hukum mendoakan orang kafir itu tergantung dari kandungan doanya dan pada saat atau ketika bila doa itu dipanjatkan. Berdoa kepada Allah SWT untuk orang kafir yang dibenarkan adalah mendoakannya agar mendapatkan hidayah agar masuk Islam. Sebagaimana dahulu Rasulullah SAW pernah berdoa agar Islam dikuatkan oleh salah satu dari dua Umar. Dan akhirnya Umar bin Al-Khattab masuk Islam.

Selain itu, doa yang dibolehkan adalah memintakan ampunan untuk orang kafir KETIKA MASIH HIDUP. Hal itulah berdasarkan dari hadits berikut ini:

Dari Abi Abdirrahman Abdillah ibni Mas'ud r.a. berkata, "Seolah aku masih melihat Rasulullah SAW tengah menceritakan seorang nabi di antara para nabishalawatuhu wa salamuhu alaihim yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah. Nabiitu lalu menyeka darah dari wajahnya seraya berdoa,"Ya Allah, ampunilahkaumku, karena mereka tidak tahu"." (HR Muttafaqun 'alaihi)

Namun memintakan ampunan bagi orang kafir yang SUDAH MENINGGAL DUNIA hukumnya haram. Dalilnya adalah ketikaRasulullah SAW meminta izin kepada Allah SWT untuk meminta ampunan dari Allah atas ibunya, permintaan itu ditolak Allah SWT. Dalil lainnya adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Al-Quran kisah meninggalnya Abu Thalib, di mana saat itu Rasulullah SAW ingin memintakan ampunan kepada Allah SWT atas dosa-dosa Abu Thalib. Saat itu turunlah ayat berikut ini:

"Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapaknya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun." (QSAt-Taubah: 113 - 114)

"Orang-orang Yahudi berpura-pura bersin di majlis Rasulullah s.a.w dengan tujuan supaya Baginda bersabda dan mendoakan mereka dengan mendapat rahmat Allah – sebagaimana doa bagi orang-orang Islam apabila mereka bersin – Maka Baginda bersabda (kepada orang-orang Yahudi ketika mereka bersin) semoga Allah memberi hidayat kepada kamu dan membetulkan hal ehwal kamu."(HR Tirmizi)

Harus pula seseorang itu berdoa supaya orang bukan Islam itu beroleh hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Ini berdasarkan hadith:

"Thufail bin 'Amr datang kepada Rasulullah s.a.w lantas berkata:"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah menderhaka dan enggan (menerima Islam), mohonlah (berdoalah) kepada Allah agar ditimpakan keburukan ke atas mereka." Orang-orang menyangka bahawa Baginda akan berdoa memohon sesuatu keburukan ke atas mereka (kabilah Daus). Maka Baginda bersabda: "Ya Allah! Berikanlah hidayat kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka sebagai orang-orang Islam." (Hr Bukhari)

Kesimpulan yang boleh saya buat di sini adalah, jika dipandukan daripada dalil atau nash yang ada di atas adalah tidak menjadi keharusan malah ianya menjadi haram ke atas seseorang muslim tersebut mendoakan supaya bebas dari azab dunia & akhirat, keampunan dari ALLAH SWT dan Rahmat (kesejahteraan) kepada ORANG KAFIR YANG TELAH MATI kerana ianya ditegah sama sekali oleh ALLAH SWT.

Tetapi lain pula halnya andai seorang muslim mendoakan ORANG KAFIR YANG MASIH HIDUP ke arah keampunan dan rahmat (selamat) serta diberikan hidayah atau petunjuk supaya dibukakan mata hati seseorang kafir untuk lebih mendekati dan mengamalkan nilai-nilai Islam tidak kira dia adalah pemimpin atau pun tidak maka hukumnya adalah dibolehkan (harus). Malah ianya adalah sunnah Rasulullah SAW.
Wallahua'lam..

Sunday, May 20, 2012

Di Petik dari Sumber:

YANG KU DENGAR DAN KU LIHAT

MENDENGAR DAN MELIHAT APA SAJA DAN YANG SESUAI DIPAPARKAN SEBAGAI BAHAN ILMU.
http://newkk.blogspot.com/
  Kegagalan pemimpin UMNO mendisplinkan ahli-ahlinya terutama balaci yang begitu rendah moralnya dengan mengeluarkan berbagai-bagai penulisan dan kata nesta kepada rakyat yang tidak menyokong UMNO menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan kerana rakyat tahu orang UMNO yang bercakap pasal keburukan orang lain itu, perangainya lebih buruk dari 'yahudi'.

Silap langkah PR kecundang.

inilah tanda awal kejatuhan kerajaan.

Gila tarikh pilihanraya bermula, selepas dua peristiwa besar berlaku di negara kita ini. Pertama perhimpunan BERSIH 3.0 yang melihatkan lebih 250,000 orang keluar ke Dataran Merdeka kerana bantah dan duduk supaya SPR mengadakan pilihanraya yang adil pada PRU13 nanti.

Kedua himpunan sambutan hari lahir UMNO yang ke 66 yang dapat menghimpunkan lebih kurang 100,ooo ahli diseluruh negara dengan arahan punggah dan menyediakan pengakutan berbayar, bolehlah dianggap berjaya juga.

Melihat kepada kedua peristiwa ini, sudah tentu PR akan mendesak kerajaan supaya membubarkan parlimen dalam masa terdekat kerana 'mood' untuk menukar kerajaan sedang berasak-asak dalam pemikiran rakyat di malaysia hari ini, kelesuan sambutan rakyat terhadap program parti UMNO kian terasa kini setelah berbagai usaha dibuat bagi mendapat sokongan.

Yang jelas dapat dilihat ialah melalui program BR1M yang mana rakyat dihulurkan wang ringgit sebanyak RM500. tapi tidak merangsangkan rakyat menyokong UMNO secara total. Dan apabila pengagihan BR1M gagal mendapat sokongan sedangkan RM Billion telah dilaburkan kini kerajaan beralih ke kawasan FELDA yang mana sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan sebanyak 56 kerusi Parlimen Melayu.

Itu saja harapan yang ada pada UMNO., sebab itulah satu keluarga peneroka diberi habuan yang dipanggil durian runtuh sebanyak RM15,000 satu keluarga. Biasanya wang ringgit kerajaan tidak bertahan sehingga kehari plihanraya dan sekiranya ini berlaku maka pelaburan sebanyak 1.7 billion ringgit yang kerajaan curahkan kepada peneroka FELDA tidak akan mendapat sokongan kekal sehingga hari PRU.

Apa saja rancangan yang dibuat oleh kerajaan dan UMNO sekarang dilihat satu cubaan membeli undi oleh rakyat. Bantuan kepada murid sekolah RM100.00, bantuan buku teks RM200.00, BR1M RM500.00, Durian Runtuh FELDA RM15,000, Kedai 1Malaysia, Klinik 1M semuanya diterima oleh rakyat kerana rakyat faham semuanya itu adalah tanggongjawab sebuah kerajaan dan duit tersebut adalah duit rakyat.

Rakyat tahu hak mereka, kempen UMNO yang mengatakan itu adalah hasil perjuangan UMNO diketawakan oleh rakyat, kerana rakyat juga tahu bahawa kekayaan negara malaysia ini kerana adanya rakyat yang membayar cukai dan atas penat lelah semua rakyat malaysia tak kira parti mana sekali pun. Jadi rakyat tahu hak mereka.

Tumbangnya kerajaan BN nanti bukan kerana rakyat tidak berterima kasih kepada pemimpin negara yang lalu dan dasar kerajaan yang telah diamalkan pada masa lalu, tapi rakyat menolak kerajaan sekarang kerana pemimpinnya tidak peka terhadap masaalah rakyat, rasuah berlaku didepan mata, kroni semakin menebal dan balaci UMNO tidak dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka itu mempunyai budi pekerti yang baik.

Kegagalan pemimpin UMNO mendisplinkan ahli-ahlinya terutama balaci yang begitu rendah moralnya dengan mengeluarkan berbagai-bagai penulisan dan kata nesta kepada rakyat yang tidak menyokong UMNO menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan kerana rakyat tahu orang UMNO yang bercakap pasal keburukan orang lain itu, perangainya lebih buruk dari 'yahudi'.

Fasa kedua kebangkitan rakyat bukan kerana rakyat menyokong Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang tapi rakyat mahu melahirkan bahawa sekarang ini kerajaan sudah tidak mampu membendung kemungkaran berlaku didepan mata. rakyat mahu menyelamatkan negara dari diperguna untuk mengaut kekayaan oleh 'haram jadah' (pinjam kata PM Najib). Rakyat mahu sebuah kerajaan yang benar2 bersih dan adil.

Lagi cepat tarikh pilihanraya diumumkan,maka lagi cepatlah rakyat malaysia akan dapat sebuah kerajaan baru sekiranya PR dapat membezakan perjuangan diantara kemenangan kerusi parlimen dengan kemenangan untuk meletakkan kroni sebagai calun.



AMENO WORLD

SYSSS....... PULAK!
Ini ke akhlak pembenci DAP?


Umno jangan sebut. Umno jangan sebut ek. Kalau taknak kena tampo mulut umno jangan sebut. Ceh. Takutnya aku. Kalau tak boleh sebut umno nak sebut apa plak bila tengok gambar2 kat atas neh? Sebenarnya siapa pula yang akan benci dap kalau bukan ahli dan penyokong umno sendiri. Orang2 biasa yang tak minat politik ataupun yang tak sokong sapa2 memang tak minat nak melibatkan diri dengan aktiviti2 di atas neh. Siyes.

Pasal apa aku cakap macam neh? Bagi mereka2 yang tak minat politik mereka cenderung akan cakap politik itu memalukan. Mereka tak pedulilah sapa pun mereka tapi mereka fikir politik itu memalukan. Kalau dah mereka fikir politik itu memalukan korang fikir mereka nak ke join berdemo dalam banner yang terang2 menggunakan bahasa maki hamun?

Sama juga dengan orang2 atas pagar or non partisan. Non partisan pula menilai satu2 kejadian berdasarkan analisis hujah betul dan salah. Mereka cenderung mencari hujah sebelum memutuskan nak sokong ataupun tidak menyokong isu2 tertentu.

Jadi kalau bukan ahli umno dan penyokong umno maka siapa pula yang bongek2 akan melibatkan diri dalam demo memaki hamun macam dalam gambar di atas? Sebenarnya sudah tentulah aku dan ramai orang cenderung mempercayai ia perbuatan ahli dan penyokong umno sebab mereka neh dah terkenal sebagai tegar anti dap.

Dan sudah tentulah juga ahli dan penyokong umno akan menafikan mereka terlibat dalam gambar di atas. Penafian adalah perkara wajib yang mereka pasti buat setiap kali terkantoi dalam kes2 yang menjatuhkan maruah orang melayu. Confirm!

Ameno : Ini jihad ala apa pula neh piem dan tipiem weh? 


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz1vPuuMtGC

Monday, May 14, 2012


Kisah Abu Yazid Al Bustami dan Paderi Gereja Samaan
Posted on Sunday, May 13 @ 10:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

ArtikelOleh: siasahkini

"altAbu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.

Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.
Ketua paderi berkata, "Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu."
Jawab Abu Yazid, "Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan."
Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, "Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?"
Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi,"

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.

Katanya, "Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat." Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab "Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH." Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, "Memang benar kata ketua kamu ini." Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
"Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu."
"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi.
"Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.
"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu.
"Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!" Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.

2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta'ala.

4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.

12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

 17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat."

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS.

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa AS.

30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina.

32. Binatang yang paling utama.
Kuda.

33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta'mah.
Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS.

42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya : Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

"