Friday, December 26, 2014

Si Petik dari Sumber
Hidup Bagaikan Sebuah Bahtera , Mengharungi Lautan Luas , Bertemankan Badai disisi…..

Allahuakhbar.. Keadaan Terkini Di Kuala Krai , Kelantan,,


Allahuakbar...!!! Keadaan Di Temangan, Kuala Krai..
MOHON BANTUAN SEGERA KE SANA...!!!!! Teruskan Berdoa Memohon Keselamatan kepada Allah S.W.T. ..
SEBARKAN SEBANYAKNYA.......

 








Anda mungkin juga meminati:

Saturday, December 20, 2014




Malaysia 2015 - Peluk Bini Pun Kena Lesen RM3000 setahun


Kerajaan Barisang Nasional mengelupur mahu membayar hutang dan mengelakkan Malaysia daripada mengalami kebankrapan pada 2019 dengan pelbagai usaha. Dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai kuda tunggangan kerajaan barisan Nasional telah melakukan pelbagai usaha untu kenarik wang rakyat ke akaun kerajaan.

Bermula dengan kenaikan harga minyak dan diikuti dengan penarikan pelbagai subsidi, kini timbul pula idea mengenakan pelbagai jenis lesen kepada rakyat.

Lesen memancing dan lesen niaga internet adalah antara yang baru diperkenalkan. Lesen niaga di internet adalah tampak wajar kerana ia menjana kewangan bagi peniag tersebut tetapi lesen yang dikenakan kepada pemancing adalah tidak masuk akal sama sekali.

Pemancing hanya mendapat kepuasan yang tidak berunsur kewangan apbila melakukan aktiviti memancing. Apabila tnagkapan tidak diperoleh, pemancing tidak beroleh apa-apa keuntungan baik dari segi kepuasan mahupun kewangan.

Dengan mengenakan lesen memancing itu, tampak jelas bahawa kerajaan barisang nasional sangat cemas menghadapi kebangkrapan yang kian hampir. Duit kerajaan semakin menipis. Perbendaharaan hampir tiada benda... wakaka

Untuk mengutip lebih banyak wang kerajaan barisang nasional dicadangkan mengenakan lesen kepada setiap pasangan di Malaysia untuk membolehkan mereka memluk suami atau isteri masing-masing.

Syaratkan juga agar setiap lesen hanya melayakkan sang suami/isteri berpelukan sebanyak dua kali seminggu sahaja. Untuk berpelukan setiap hari dalam seminggu, pasangan diwajibkan mengambil lesen kelas A yang berharga lebih mahal....setidak-tidaknya RM3000 setahun....wakaka

Kanak-kanak yang ingin bersekolah juga wajib membeli lesen belajar. Dengan kadar lesen rm30 setahun, kerajaang barisang nasional akang mendapat berbilion RM untu menampun perbelanjaang dan membayar hutang... wakaka

selagi ada ruang balon saja duit rakyat... wakaka

Sunday, November 30, 2014



KOMENTAR
tanah dalam bandar
tanag orang kampong
di berembang
di pelentong
di tasek utara
di banda dalam
di kerinchi
di pantai dalam
di chu badak
semua di rembat cukong

awas!

cukong tak akan berani rembat
mustahil cukong berani rembat
kalau  tidak kerana
gerombolan ketuanan melayu 
di belakang cukong




KUALA LUMPUR - Tindakan berani Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) untuk 'bersemuka' dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi menyerahkan memorandum pencerobohan tanah warisan Melayu terbantut apabila mereka mendakwa disekat sekumpulan pemuda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


KAH KAH KAH

woit
cakap parti perjuang
ketuanan melayu
tanah orang melayu
dalam pekan kena rembat 
dalam kampong lesap
ngapa senyap

apa jadi dengan
hidup melayu

APA PUNYA TUUUR

Wednesday, November 12, 2014

Ameno World

Ini Penjelasan JPJ Isu Saman No Plat - Jam 2 Pagi JPJ Kena Maki Kaw2 Dengan Pengguna Media Sosial.


Semalam aku tidur agak lambat. Dan semakin lambat bila tiba2 aku tergerak ahti nak p buka fb rasmi JPJ.

Korang tahu apa? Kelakar siot. Terguling2 aku gelak atas katil baca komen2 maki hamun ke atas JPJ. Tak boleh blah. Jam 2 pagi. Si admin JPJ bajet update status penjelasan mengenai kenapa JPJ buat operasi gila. Dan selalunya. Kalau jam 2 pagi orang ramai dah tidur. So takde la sapa2 yang nak komen sangat kat ruangan komen. Selalu macam tue.

Tapi. Ini berbeza dengan JPJ. Aku buka page tue lebih kurang 3 pagi lebih dah. Masa tue komen2 yang maki JPJ dah 300 ++. Dia baru update status dalam sejam lebih yang lepas. Then aku baca la komen2 kat situ. Tergelak sorang2. Lebih kurang pukul 4 pagi lebih, komen2 dah cecah 500 ++ semua stok maki JPJ.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar nak mampos siot.  

Ada dua perkara. Pertama bab timing dia update. Bajet update jam 2, 3 pagi orang tak komen sangat kot. Kedua. Bajet nak bagi penjelasan supaya orang faham. Alih2 semua komen maki hamun JPJ lagi ada.

Berikut kat bawah ialah penjelasan dari JPJ berkenaan operasi saman yang mereka buat baru2 neh ;

JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ. (Yang kau update fb jam 2 pagi, apa matlamat kau sebenarnya? HAHAHA)

Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?

JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya. (AKTA YANG PATUT DILUPUSKAN)
 

Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang. (TAK PAYAH NAK TEMBERANG. KAU TAK BOLEH AMEK TINDAKAN DIRECTLY, TAPI BOLEH USAHA UNTUK AMEK TINDAKAN INDIRECTLY. BOLEH USAHAKAN UNTUK RANGKA POLISI BAGI MEMASTIKAN MEREKA TURUT DIDAKWA. MELAINKAN KORANG DAH KAWTIM DENGAN BOS2 BESAR SEBAB TUE TAKNAK PROCEED. APA GUNA KPDNKK dan AGENSI2 PENGUATKUASA LAIN2? SATU LAGI. TAKDE GARIS PANDUAN YANG JELAS TERHADAP PENGGUNAAN AKSESORI AKAN MENINGKATKAN / PUNCA KEPADA KEMALANGAN)

2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?

Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA. (TAK PAYAH NAK TEMBERANG. MATLAMAT JPJ ADALAH MENYAMAN. DEMI MENDAPATKAN DUIT. SIAP BUAT KPI KEMATIAN LAGI. JPJ PATUT DIMAHSUHKAN. TERLALU BANYAK AGENSI PENGUATKUASA YANG SIBUK KELUARKAN SAMAN. UNTUK APA? 3,4 AGENSI TAPI BIDANG TUGAS LEBIH KURANG. SPAD. PDRM DAN JPJ. INI SEMUA ADALAH BEROBJEKTIFKAN UNTUK MENGELUARKAN LEBIH BANYAK SAMAN AJE SEBENARNYA.)

Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan
Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian. (SEBAB PENGARAH KAU BODOH SANGAT KE SAMPAI KAU PERLU TURUN BERI PENJELASAN? KAU PUN TAK BERANI GUNA SEMULA AYAT PENGARAH KAU TUE KAN? NAMPAK SANGAT AYAT PENGARAH KAU TUE MEMANG BERMASALAH & BEBAL)

Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.(ILTIZAM, TEKAD DAN MURNI HOTAK KAW. KALAU BETUL NAK KURANGKAN KADAR KEMALANGAN, CHECK LA ASPEK KESELAMATAN JALANRAYA. ADAKAH MEMENUHI PIAWAIAN & SPESIFIKASI YANG DITETAPKAN)

KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian). 

3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?

JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan. (RASIONAL OTAK KAU. CARA PENGARAH KAU BERCAKAP LANGSUNG TAK RASIONAL. DAN CARA JPJ BERTINDAK UNTUK PASTIKAN KADAR KEMATIAN DIKURANGKAN JUGA TAK RASIONAL. KAU PATUT KAJI KENAPA KES KEMALANGAN MAUT BERLAKU, DAN BUAT ANALISA BERDASARKAN MAKLUMAT YANG DITERIMA. KEMUDIAN, CARI SOLUSI TERBAIK UNTUK MEMASTIKAN KEKERAPAN KEMALANGAN MAUT DAPAT DIKURANGKAN HINGGA ZERO MAUT DI ATAS JALAN. KPI ZERO MAUT DI ATAS JALAN REALISTIK JIKA JPJ BENAR2 BERUSAHA KE ARAHNYA. BUKAN SIBUK COLLECT SAMAN)

4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?

Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:


-tali pinggang/topi keladar
-telepon bimbit
-potong garisan berkembar
-langgar lampu isyarat
-potong garisan
-lorong kecemasan
-had laju
 

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.

Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas). (JANGAN NAK MENIPU. KP KAU SENDIRI KANTOI DENGAN SAMAN HAD LAJU. BOLEH PLAK SNAP?)

5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?

Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.

6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?

Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN. (KEPALA HOTAK KAW NAK KATA RAKYAT MALAYSIA MENTALITI KELAS KETIGA. MENTALITI KELAS KETIGA TUE KAU LA JPJ OI)

Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan. 

Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama. (KES TUE BERLAKU DALAM BAS. KALAU CERMIN TAK GELAP, BAS SEKARANG ADA LANGSIR. KEADAAN BAS YANG BESAR & TINGGI JUGA MENYUKARKAN ORANG YANG BERADA DALAM KENDERAAN KECIL SEPERTI MOTOR & KERETA UNTUK MENINJAU APA YANG BERLAKU DALAM BAS. ALASAN BIAR CERDIK. BAS PUNYA ANGKARA. APA KAITAN MOTOR & KERETA KAT SINI)

Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.

Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.

#bestrongJPJ #supportJPJ #JPJboleh #1JPJ 
#sayangJPJ

- admin


(#gotohellJPJ #dontsupportJPJ #JPJbolehblah #1JPJgilasaman #taksayangJPJ)

--------------------------------------

Balik2 JPJ akan pongpang2 isu cermin gelap dan kewajaran mereka double standardkan pemakaian cermin gelap antara VVIP dan rakyat biasa.

Hakikatnya. Mereka cuba nak gambarkan asal VVIP pakai cermin gelap = atas dasar keselamatan.

Kalau rakyat pakai = confirm dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Macam la semua rakyat Malaysia kaki penjenayah. Sial punya mentalitisma. Untuk rekod, JPJ & KASTAM sendiri tak tertakluk kepada mereka2 yang dibenarkan untuk bercermin gelap. Tapi boleh plak mereka guna ek? Cakap tak serupa bikin. Nyawa kita semua sama. Kita tak patut dilayan secara berbeza berdasarkan pangkat ciptaan manusia. Jika VVIP mahu rasa selamat dan protected dengan cermin gelap, rakyat Malaysia juga sama. Bukan soal keselamatan semata2, bahkan soal privacy dan kesihatan juga.

Satu lagi. JPJ jangan nak menipu la bab gagal mengesan pesalah SPEED TRAP kerana no plat FANCY. Nampak sangat tipunya disitu.

Tengok ;



No plat yang TAK FANCY, yang baru keluar kedai pun depa SAMAN. Rujuk sini. Apa jadahnya macam tue?

Yang sebenarnya. Next year BRIM kan? Betul? Aha. Rakyat Malaysia dah nampak permainan sebenar lue. Kalau lue anti sangat dengan no plat apa semua neh, kenapa lue sendiri tak keluarkan no plat? Sebab lue tahu saman no plat boleh buat duit.

Dan kalau betul lue nak sembang bab pendidikan. Kenapa lue saman rakyat? Lue patut keluarkan surat amaran dah la. Lue bagitau yang pemilik kenderaan kena tukar no plat. Bagi masa sekian2. Then dorang kena hadirkan diri ke pejabat JPJ yang berdekatan untuk diperiksa sekali lagi samada bertepatan dengan undang2 ke tidak. Kalau tidak, p tukar lagi. Sampai JPJ puas ahti. Itu baru namanya PENDIDIKAN, BONGOK!

Bila lue sibuk saman orang. Lue bukan mendidik. Tapi lue tengah penuhkan kantung yang kosong. Bila lue sibuk buat operasi kat taman2 perumahan, lue bukan mendidik. Tapi lue menyusahkan orang yang nak keluar masuk buat urusan dengan terpaksa berdepan masalah traffic akibat operasi2 lue yang gila nak kutip duit.

Lue kalau nak mendidik bukan ini cara dia. Mentaliti kelas ketiga JPJ hanya penjilat JPJ je yang percaya. Eh jap, JPJ ada penjilat ke?? Apsal tak nampak? Apsal semua maki hamun lue kat ruangan komen woi JPJ? Kesian lue. Satu2nya agensi kerajaan yang dibenci total oleh rakyat Malaysia. Yang neh cina, india, melayu, umno tak umno, pr tak pr, nampaknya bersetuju lue memang gila la JPJ. Nampaknya, kami bersatu kali neh.

KAH KAH KAH

Klik sini untuk tambah makian kat status JPJ.

Peperangan rakyat Malaysia vs JPJ. Rakyat Malaysia 10 - JPJ 0. Tak pernah menang dari segi hujah. Tapi menang menipu & memaksa rakyat Malaysia bayar saman jek.

BUGIMA punya JPJ.

Friday, November 7, 2014

Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorg suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat:
1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.
Tak ada seorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.
"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"
"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?""Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
pemuda tu selamba jawab, "buat."
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?"
Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."
Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.

Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.
lll
Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"Pemuda itu sekali lagi senyum. 
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.

Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"


dia terus menyambung,"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. 

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.
Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas.. 

* amalan 3 ini bukan hanya dikhususkan kpd lelaki , perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah‬ Islam Itu Indah

Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan utk saya dan seluruh ummat beramal dgn nya... Baca tau Dgn Niat baik ..Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun . Kita berbagi doa ke sesama muslim....


Read more: http://hmetroo.blogspot.com/2014/09/kisah-gadis-cantik-menyesal-berkahwin.html#ixzz3IPWAtkSF

Saturday, October 11, 2014

SATURDAY, OCTOBER 11, 2014







Keputusan fitnah 2 penentu halatuju politik Malaysia

(NADIA HANAFI)
JAPAN-MALAYSIA-CHINA-AVIATION-PILOT-OPPOSITION-ANWAR-FILESKUALA LUMPUR 11 OKT- Keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diketahui akhir bulan ini akan menentukan masa depan demokrasi dan halatuju politik di Malaysia.
Naib Ketua AMK Pusat, Fahmi Fadzil berkata, dalam jangka masa sebelum keputusan mahkamah diumumkan, seluruh media dunia akan memberi perhatian terhadap Malaysia untuk melihat sama ada demokrasi di negara ini semakin sihat atau bertambah tenat.
“Dalam dua minggu setengah yang akan datang ini, tatkala rakyat mendepani hari-hari harga minyak dan harga barang yang semakin naik tetapi gaji terus mendatar, berserta cukai GST yang bakal dimulakan April 2015, masa depan demokrasi dan halatuju politik di Malaysia akan ditentukan.
“Tatkala Bajet 2015 dan pelbagai Rang Undang-Undang yang mendatangkan kesan kepada nusa dan bangsa akan dibahas di Parlimen, Ketua Pembangkang mungkin akan ditamatkan hayat politiknya, yang secara langsung meneruskan hegemoni kekuasaan puak pemerintah yang bagai belum terjaga dari lena yang mengakibatkan bersuaranya lebih 52% pengundi di PRU13 yang lalu,” katanya.
Fahmi juga berkata, AMK telah memulakan kempen di media sosial rasmi AMK serta pimpinan KEADILAN untuk menyemarakkan reformasi dan memperjuangkan masa depan rakyat juga negara.
“Lebih seminggu yang lalu, AMK telah memulakan kempen “countdown” di media sosial rasmi AMK (Twitter: @amkmalaysia dan Facebook: https://www.facebook.com/amkeadilan) serta laman media sosial rasmi pimpinan KEADILAN untuk menyemarakkan semangat Reformasi dan perjuangan sejak lebih 15 tahun lalu yang perlu diteruskan, demi Rakyat dan masa depan negara yang lebih baik.
“Pengumuman mengenai kempen-kempen selanjutkan akan dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.
Katanya lagi, kita perlu bersedia, berdoa, bersabar dan terus istiqamah dalam menghadapi saat genting sejarah politik moden negara ini.
“Putrajaya, sedarlah bahawa Rakyat dan Dunia sedang memerhatimu,” katanya dalam satu kenyataan media.
Pada 28 dan 29 Oktober depan pendengaran rayuan keputusan penghakiman kes Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim akan diputuskan di di Mahkamah Persekutuan sama ada beliau terus bebas atau dimasukkan ke penjara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63292

Tuesday, October 7, 2014


Ameno World

Isu Halau Warga Bangladesh - Ini Penjelasan Dari UMNO - Rara Gadis DAP Dipersalahkan.

First episode kat sini.

Ini ialah penjelasan dari geng2 UMNO.

Baca jap ;


Kenapa Rara dipersalahkan dalam citer neh? Tatau. Tuan punya badan pun confused. Apatah lagi jika bukan tuan punya badan.

KAH KAH KAH

Citer dia begini. Si Rara neh hanya retweet saja. Dia tiada kaitan langsung dengan subjek di atas. Mengheret dia semata2 dia ahli DAP atau apa memang kerja bangang kot. Punyala bersepah2 orang yang tweet dan sebar siap buat ulasan sendiri apa semua kenapa tak petik nama dorang? Agak2 la nak babitkan orang.

Orang lain yang upload gambar tue.
Orang lain plak yang kena balon.

Actually. Dalam episode pertama aku dah jelaskan. Tuan punya badan sebarkan perkara tersebut bukan untuk discredit UMNO. So geng2 UMNO tak payah terasa bagai la. Bukan nak jadikan ia isu politik ataupun babitkan UMNO dalam citer tersebut.

Just nak discredit tindakan haji tersebut. Itu je main pointnya. Dan menurut tuan punya badan I P O H iloveipoh yang korang boleh baca sendiri di twitter dia, mana ada kupon dan acara makan2 bersama warga asing itu apa semua. Dia ada di lokasi, saksi kejadian dan bukan sedang sebarkan fitnah.
Baca jap ;






Benda bukan citer politik pun. Tapi biasalah. Dapat kat geng2 politik. Habis semua jadi citer politik kot.

Yang sebelah sini salahkan UMNO.
Yang sebelah sana salahkan Rara.

Sapa nak tepuk tangan? Bangladesh? Rasanya dorang mana ada mood nak tepuk tangan sebab kena halau. Lapar lagi tak dapat daging. Jangan2. Cina lagi tepuk tangan kot. 

KAH KAH KAH

Kbai.

Monday, October 6, 2014

Misteri Ular Gergasi Di Mesir Terbongkar

 | July 8, 2014
Misteri Ular Gergasi Di Mesir Terbongkar | Sejak tahun
dari lepas lagi banyak blog memaparkan gambar seekor
ular gergasi yang telah ditangkap. Ular ini telah
dibawah naik lori yang panjang. Nak tengok gambar sebenar?
lihat gambar yang telah dizoom dan berita yang disebarkan
dibawah:
1
Seekor ular gergasi yang menakjubkan telah dijumpai di Laut Merah
 dimana telah mengorbankan seramai 320 orang pelancong dan 125
penyelam dari Mesir. Ular ini telah berjaya dibunuh oleh sepasukan
 saintis profesional elit Mesir dan penyelam bertauliah. Nama-nama
ahli sains yang mengambil bahagian dalam operasi menangkap
ular gergasi tersebut ialah: Dr. Karim Mohammed,
Dr. Mohammed Sharif, Dr. Mr.Sea, Pelajar Dr.Mahmoud dan
 Dr.Mazen Al-Rashidi.
2
Manakala nama-nama penyelam yang mengambil
bahagian dalam operasi menangkap ular gergasi
tersebut diketuai oleh Ahmed, Abdullah Karim,
 Knight seorang nelayan, Wael Mohammed,
Mohammed Haridi, Alvajuma seorang pakar lembing,
Mahmoud Shafik, kumpulan Sharif. Bangkai ular
tersebut telah dipindahkan ke dalam bilik simpanan
haiwan antarabangsa di Sharm El Sheikh Mesir.

Tuesday, September 9, 2014


Dr Abdul Aziz Bari Pecahkan Lagi Tembelang Umno...
Posted on Tuesday, September 09 @ 19:26:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti


Isu Semasa"azizSering kali Rakyat Malaysia Diberitahu agar jangan Menderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Sultan-Sultan Melayu terutama nya Orang-Orang Melayu kerana dikatakan Baginda adalah umpama Tiang Seri sesebuah Negeri dan Negara, namun menurut Pakar Perlembagaan Dr. Abdul Aziz Bari bahawa Undang-Undang di Malaysia tidak menyifatkan DERHAKA kepada Sultan dan Raja itu sebagai satu kesalahan jenayah.

Menurut kata beliau "Pertamanya, setahu saya, tiada Undang-Undang di Malaysia yang Menjenayahkan apa yang dikatakan sebagai Derhaka. Derhaka bukan satu Kesalahan. Undang-Undang yang digunapakai di Malaysia tidak sama dengan Undang-Undang yang diguna pakai di Thailand, yang meletakkan Derhaka sebagai satu Kesalahan Jenayah dimana Hukuman atau Tindakan boleh diambil terhadap Sesiapa yang didapati Menderhaka kepada Sultan atau Raja.

"Di Malaysia tidak ada Undang-Undang Derhaka, jadi itu hak ‘pihak’ berkenaanlah untuk Menderhakakan sesiapa sahaja untuk jadi Katak ke atau apa pun, Saya harap Raja-Raja dan Pihak Istana faham serta tidak termakan FITNAH UMNO yang mengatakan PKR dan DAP KURANG AJAR, ini tidak timbul. Kita pegang Prinsip Perlembagaan, Negara ini mengamalkan Demokrasi. Dalam Demokrasi tidak ada yang dikatakan KUASA MUTLAK sebagaimana tiada Kuasa Mutlak dalam Islam".

"Dari mana Kuasa Mutlak ini. Apa Asasnya ?, yang ada Kuasa Mutlak hanya Allah SWT sahaja. Di Negeri Selangor sudah mempunyai 30 SD dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Apabila Sultan Menitahkan dan mengeluarkan Perintah meminta nama lain, pada saya ini SALAH dari segi Undang-Undang. Konsep Demokrasi Berparlimen jelas Melindungi Istana daripada Terlibat dalam Kancah Politik".

"Adakah Pihak Istana SANGGUP Dipersalahkan atau Dilibatkan sekiranya Kerajaan Negeri GAGAL ?, andai kata Kerajaan tersebut LANTIKAN Peribadi Raja atau Sultan. Apakah Raja atau Sultan mahu Menanggung KEGAGALAN tersebut. Disini Pihak istana Perlu Sedar yang URUSAN Pentadbiran Kerajaan Negeri digerakkan oleh Sebuah Kerajaan yang DIPILIH RAKYAT dan segala Urusan Pentadbiran di bawah Tanggungjawab mereka".

Rupa-rupanya selama Umno Memerintah konon nya sebagai Pembela Raja-Raja Melayu  tidak pernah Ujud Undang-Undang yang dikatakan MENDERHAKA tu beb, Menderhaka hanya ada pada ISTILAH yang boleh diguna Pakai oleh sesiapa dan ditujukan kepada sesiapa. Alamak... selama ini Mamposss Orang Melayu DITIPU oleh Pemimpin Umno. Patutlah dikatakan Umno adalah Pembela Raja-Raja Melayu beb, rupa Tiada Undang-Undang Derhaka diujudkan... kah kah kah !.

Oleh itu pada gua jika ada Tindakan Rakyat Malaysia yang dikatakan sebagai Menderhaka kepada Raja atau Sultan sepatutnya yang Pertama diambil Tindakan ialah kepada Umno dan Pemimpin Umno, atas sebab yang Memerintah selama Berpuluh Tahun baik Negara Malaysia mahu pun Negeri Selangor adalah Parti Umno serta Pemimpin. Ini kah yang dikatakan Pembela kepada Raja dan Sultan namun Undang-Undang Derhaka kepada Raja dan Sultan pun tidak diujudkan.


Atau Kemungkinan Undang-Undang Derhaka tidak mahu diujudkan supaya Umno serta Pemimpin Umno boleh Menderhaka sesuka hati Mak Bapak dia orang jika dia orang mahu Menderhaka. Sering kali apabila Pemimpin Umno yang melakukan sesuatu Perbuatan Menderhaka kepada Raja atau Sultan ianya dipanggil akan dikatakan Memberi Nasihat atau Menegur bukan Menderhaka. Bijak beb Bijak... ini lah dia kalau dah Anak Kelahiran Inggeris Penjajah maka Perangai pun sebiji macam Inggeris Penjajah... kah kah kah !.
http://inderasipejuang.blogspot.com/


hemmmmm... setahu gua rakyat yang paling taat kepada raja dan sultan dalam dunia ni adalah bekas ulul amri umno dari kerela, walaupun dari kerela namun beliau adalah rakyat malaysia yang paling taat pada raja dan sultan... kah kah kah !

Friday, August 22, 2014

Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM 11 Julai - Pada umumnya pengundi muda yang ditemui dalam satu kajiselidik di Selangor berpuashati dengan penyediaan keperluan asas oleh kerajaan negeri seperti pemberian air percuma tetapi masih tidak berpuashati dengan tahap perkhidmatan yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.
Selain itu, kira-kira 42 peratus pengundi muda yang berusia antara 21 hingga 30 tahun yang sepatutnya layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.

Manakala rata-rata responden yang ditemui turut melahirkan rasa tidak berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh wakil rakyat mereka samada dari Pakatan Rakyat mahupun Umno-Barisan Nasional.
Itu antara rumusan yang diberikan oleh Dekan Fakulti Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman iaitu ketua penyelidik satu kajian yang bertajuk 'Pola Pengundian Pengundi Muda Dalam Pilihanraya Kecil selepas Pilihanraya Umum .

Selain Dr Mohammad Redzuan, dua lagi pembentang kajian berkenaan ialah Amer Saifude Ghazali dari Jabatan Geografi UM dan Dr Zulkarnain Abdul Rahman, pensyarah Jabatan Sejarah universiti berkenaan.

Menurut Dr Mohammad Redzuan, kajian itu dijalankan terhadap 1,410 responden dipilih secara rawak dari seluruh negeri Selangor dengan menyasarkan pekerja swasta, kakitangan kerajaan, pelajar, bekerja sendiri dan suri rumah.
Dalam pembentangan beliau, Dr Mohammad Redzuan menjelaskan pelbagai persepsi di kalangan golongan muda Melayu di Selangor terhadap pencapaian kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat. 

Antara yang dinyatakan sebanyak 54 peratus golongan muda menganggap Pakatan Rakyat masih mempertahankan hak-hak Melayu dan kedudukan agama Islam manakala 44 peratus lagi percaya Umno sebuah parti yang mengamalkan rasuah.

Secara kesimpulannya beliau menyatakan golongan muda melayu di Selangor merupakan golongan yang bersimpati dan menyokong dasar Pakatan Rakyat tetapi pembangkang memerlukan pendekatan yang lebih berkesan untuk menarik sokongan mereka.

"Dari segi perspektif kesejahteraan rakyat, umumnya majoriti responden berpuashati dengan penyediaan keperluan asas. Tak timbul umpamanya isu jalan dan sebagainya kerana di sini telah selesai termasuk soal pemberian air yang dianggap menimbulkan. 

"Dalam aspek pembangunan sosial ramai responden tidak berpuashati dengan perkhidmatan oleh PBT seperti pengutipan sampah, pembersihan longkang dan perparitan. Ketiga dari aspek politik, kebanyakan responden masih tidak berpuashati dengan prestasi wakil rakyat masing-masing dan umumnya mereka masih belum mengenali wakil rakyat mereka," kata Dr Mohammad Redzuan.

Katanya lagi, kebanyakan pengundi muda tidak mendapat maklumat berkenaan kerajaan Negeri Selangor dan banyak bergantung kepada maklumat yang disiarkan menerusi media arus perdana.

"Bilangan responden 42 peratus tidak mengundi dan sebahagian besar responden berada dalam lingkungan umur 21 tahun hingga 40 tahun yang sepatutnya layak mengundi tetapi masih belum mengundi. Ini adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian," ujar beliau lagi.