Saturday, October 11, 2014

SATURDAY, OCTOBER 11, 2014







Keputusan fitnah 2 penentu halatuju politik Malaysia

(NADIA HANAFI)
JAPAN-MALAYSIA-CHINA-AVIATION-PILOT-OPPOSITION-ANWAR-FILESKUALA LUMPUR 11 OKT- Keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diketahui akhir bulan ini akan menentukan masa depan demokrasi dan halatuju politik di Malaysia.
Naib Ketua AMK Pusat, Fahmi Fadzil berkata, dalam jangka masa sebelum keputusan mahkamah diumumkan, seluruh media dunia akan memberi perhatian terhadap Malaysia untuk melihat sama ada demokrasi di negara ini semakin sihat atau bertambah tenat.
“Dalam dua minggu setengah yang akan datang ini, tatkala rakyat mendepani hari-hari harga minyak dan harga barang yang semakin naik tetapi gaji terus mendatar, berserta cukai GST yang bakal dimulakan April 2015, masa depan demokrasi dan halatuju politik di Malaysia akan ditentukan.
“Tatkala Bajet 2015 dan pelbagai Rang Undang-Undang yang mendatangkan kesan kepada nusa dan bangsa akan dibahas di Parlimen, Ketua Pembangkang mungkin akan ditamatkan hayat politiknya, yang secara langsung meneruskan hegemoni kekuasaan puak pemerintah yang bagai belum terjaga dari lena yang mengakibatkan bersuaranya lebih 52% pengundi di PRU13 yang lalu,” katanya.
Fahmi juga berkata, AMK telah memulakan kempen di media sosial rasmi AMK serta pimpinan KEADILAN untuk menyemarakkan reformasi dan memperjuangkan masa depan rakyat juga negara.
“Lebih seminggu yang lalu, AMK telah memulakan kempen “countdown” di media sosial rasmi AMK (Twitter: @amkmalaysia dan Facebook: https://www.facebook.com/amkeadilan) serta laman media sosial rasmi pimpinan KEADILAN untuk menyemarakkan semangat Reformasi dan perjuangan sejak lebih 15 tahun lalu yang perlu diteruskan, demi Rakyat dan masa depan negara yang lebih baik.
“Pengumuman mengenai kempen-kempen selanjutkan akan dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.
Katanya lagi, kita perlu bersedia, berdoa, bersabar dan terus istiqamah dalam menghadapi saat genting sejarah politik moden negara ini.
“Putrajaya, sedarlah bahawa Rakyat dan Dunia sedang memerhatimu,” katanya dalam satu kenyataan media.
Pada 28 dan 29 Oktober depan pendengaran rayuan keputusan penghakiman kes Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim akan diputuskan di di Mahkamah Persekutuan sama ada beliau terus bebas atau dimasukkan ke penjara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63292

Tuesday, October 7, 2014


Ameno World

Isu Halau Warga Bangladesh - Ini Penjelasan Dari UMNO - Rara Gadis DAP Dipersalahkan.

First episode kat sini.

Ini ialah penjelasan dari geng2 UMNO.

Baca jap ;


Kenapa Rara dipersalahkan dalam citer neh? Tatau. Tuan punya badan pun confused. Apatah lagi jika bukan tuan punya badan.

KAH KAH KAH

Citer dia begini. Si Rara neh hanya retweet saja. Dia tiada kaitan langsung dengan subjek di atas. Mengheret dia semata2 dia ahli DAP atau apa memang kerja bangang kot. Punyala bersepah2 orang yang tweet dan sebar siap buat ulasan sendiri apa semua kenapa tak petik nama dorang? Agak2 la nak babitkan orang.

Orang lain yang upload gambar tue.
Orang lain plak yang kena balon.

Actually. Dalam episode pertama aku dah jelaskan. Tuan punya badan sebarkan perkara tersebut bukan untuk discredit UMNO. So geng2 UMNO tak payah terasa bagai la. Bukan nak jadikan ia isu politik ataupun babitkan UMNO dalam citer tersebut.

Just nak discredit tindakan haji tersebut. Itu je main pointnya. Dan menurut tuan punya badan I P O H iloveipoh yang korang boleh baca sendiri di twitter dia, mana ada kupon dan acara makan2 bersama warga asing itu apa semua. Dia ada di lokasi, saksi kejadian dan bukan sedang sebarkan fitnah.
Baca jap ;






Benda bukan citer politik pun. Tapi biasalah. Dapat kat geng2 politik. Habis semua jadi citer politik kot.

Yang sebelah sini salahkan UMNO.
Yang sebelah sana salahkan Rara.

Sapa nak tepuk tangan? Bangladesh? Rasanya dorang mana ada mood nak tepuk tangan sebab kena halau. Lapar lagi tak dapat daging. Jangan2. Cina lagi tepuk tangan kot. 

KAH KAH KAH

Kbai.

Monday, October 6, 2014

Misteri Ular Gergasi Di Mesir Terbongkar

 | July 8, 2014
Misteri Ular Gergasi Di Mesir Terbongkar | Sejak tahun
dari lepas lagi banyak blog memaparkan gambar seekor
ular gergasi yang telah ditangkap. Ular ini telah
dibawah naik lori yang panjang. Nak tengok gambar sebenar?
lihat gambar yang telah dizoom dan berita yang disebarkan
dibawah:
1
Seekor ular gergasi yang menakjubkan telah dijumpai di Laut Merah
 dimana telah mengorbankan seramai 320 orang pelancong dan 125
penyelam dari Mesir. Ular ini telah berjaya dibunuh oleh sepasukan
 saintis profesional elit Mesir dan penyelam bertauliah. Nama-nama
ahli sains yang mengambil bahagian dalam operasi menangkap
ular gergasi tersebut ialah: Dr. Karim Mohammed,
Dr. Mohammed Sharif, Dr. Mr.Sea, Pelajar Dr.Mahmoud dan
 Dr.Mazen Al-Rashidi.
2
Manakala nama-nama penyelam yang mengambil
bahagian dalam operasi menangkap ular gergasi
tersebut diketuai oleh Ahmed, Abdullah Karim,
 Knight seorang nelayan, Wael Mohammed,
Mohammed Haridi, Alvajuma seorang pakar lembing,
Mahmoud Shafik, kumpulan Sharif. Bangkai ular
tersebut telah dipindahkan ke dalam bilik simpanan
haiwan antarabangsa di Sharm El Sheikh Mesir.