Thursday, May 5, 2011


‘Najib won’t be PM after next GE’





















MalaysiaKini - JOHOR BARU: Johor PKR chief Chua Jui Meng today warned that
 Najib Tun Razak would be ousted as the Prime Minister in the next 
general election.
Commenting on the recent remarks on the Chinese community by MCA and 
Najib, Chua, the former health minister, said he was confident that 
Pakatan Rakyat would topple the Barisan Nasional government.


UMNO Tidak Akan Gadai Prinsip Perjuangannya - Muhyiddin

MUAR: Umno tidak akan menggadai prinsip perjuangannya walaupun berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Presiden Umno itu berkata berlainan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, Umno tidak akan menggadai prinsip politiknya semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara.
"Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno. PAS sebaliknya boleh mengenepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik," katanya.
Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Pekembar di sini, Ahad.
Timbalan Perdana Menteri berkata lebih lama PAS berada di dalam pakatan pembangkang, lebih banyak prinsip perjuangan parti itu akan terhakis dan tergadai.
Bagi PKR pula, katanya parti pembangkang itu langsung tidak ada prinsip perjuangan kerana dari mula ditubuhkan, perjuangannya hanyalah untuk Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya apabila Anwar dilanda masalah, parti itu turut dilanda masalah yang parah dengan PKR kini dkenali sebagai "Parti Kian Runtuh" dan "Parti Keluar Ramai-Ramai".
Beliau berkata sekiranya anggota Umno terus istiqamah dengan prinsip, falsafah dan roh perjuangan parti, Umno akan terus bertambah kuat dan dihormati.
"Jangan kita gadai perjuangan kita, kerana prinsip inilah yang menentukan kewujudan dan kelangsungan Umno sebagai sebuah parti politik Melayu yang gagah dan perkasa," katanya.
Menurut Muhyiddin, Umno tidak pernah mengambil pendekatan yang ekstrem di dalam perjuangan kepentingan Melayu dan Islam dan sentiasa bersikap adil terhadap semua dengan mengambil kira realiti sosial masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. - BERNAMA

Soalan kepada sahabat Parpu Kari pula.

Oleh : AdukaTaruna


Mula2.. terima kasihlah kepada sahabat Parpu Kari kerana kopipes soalan terhadap Anwar gua tu dalam blog lu. Vanakem (thank you), bro..

Skang ni, gua harap, dapatlah kiranya sahabat kopipes soalan ini pula dalam blog sahabat. Mudah2an menjadikan kita ini termasuk dalam golongan orang2 yang berfikir. Amin.

1. Presiden manakah yang telah menyerahkan Temasik kepada Cina Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera selama sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% selama sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Lee Kuan Yew baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang membunuh sekampung muslim di Memali, Kedah?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari Cina?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)
llllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
Bloger :Gambar Hiasan

No comments:

Post a Comment